Ibn Al-Mubarak: Idola Yang Paling Dicemburui
Buku ini terkandung pengenalan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi kita, dialah ‘Abd Allah bin Al-Mubarak, seorang insan agung dari generasi salaf al-salih yang sangat harum untuk diceritakan. Dahulunya beliau sangat terkenal, malah namanya meniti di bibir orang ramai dan kebaikannya dicemburui para ulama yang soleh. Selepas Rasulullah SAW dan para sahabat RA, kita tidak menemui seorang pun yang memliki kehidupan yang lebih mengagumkan daripada Ibn Al-Mubarak. Allah ta’ala telah menganugerahkan insan ini hampir semua kenikmatan hidup yang diimpikan oleh manusia yang bertakwa.
Kehidupan Mulia Nabi Muhammad SAW (Ar-Raheeq Al-Makhtum)
Buku ini telah dikarang oleh Shaikh Safiur-Rahman Mubarakpuri dari Banaras (India). Pada tahun 1976, konferens pertama tentang Sirah Nabi Muhammad s.a.w. telah berlangsung di Pakistan yang ditaja oleh Liga Muslim Dunia. Liga ini telah menganjurkan pertandingan menulis Buku Biografi junjungan besar Muhammad s.a.w. Sebanyak 171 naskhah manuskrip telah diterima dari seluruh dunia dan “Ar-Raheeq Al-Makhtum” telah mendapat tempat pertama atas sebab himpunan kisah-kisah dan hadisnya yang sahih dan benar.
Berakhirnya Dunia Ini (P/B) Revised Edition
Sejak akhir-akhir ini keadaan menjadi semakin tidak keruan dan kita telah mula melihat di kedai-kedai buku dan di laman-laman sesawang spekulasi tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlaku dimasa akan datang, berasaskan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis yang mana ia menceritakan tentang peristiwa ini dan kaitannya dengan tanda-tanda kiamat. Setiap kali musibah menimpa dunia Islam dan umatnya, orang ramai akan mula mencari jalan keluar dalam memahaminya dan meyelesaikannya. Kadang-kadang akan terdengar berita tentang kemunculan Imam Mahadi, kadang-kadang akan tersebar cerita tentang telah tiba masanya akan berlaku ‘peperangan besar’ antara pihak yang benar dengan yang jahat, sesekali akan terdengar juga tentang tanah runtuh di sebelah Timur atau Barat, dan berbagai-bagai lagi kisahnya…
Nikmati Kehidupanmu (Revised Edition)
Produk hasil penyelidikan selama lebih dari dua puluh tahun, ‘Nikmatilah Kehidupanmu’ adalah terjemahan daripada buku terlaris berkaitan keagamaan dan motivasi dialam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia. Buku yang menerangkan seni berinteraksi, hasil kajian terhadap kehidupan Rasulullah S.A.W .
Islam Adalah Cara Hidup
- Isi kandungan buku ini tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
- Penulisan ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada masyarakat untuk berubah menjadi hamba yang soleh.
- Buku ini sesuai untuk semua peringkat umur malahan amat bersesuaian jika dibacakan di surau-surau atau masjid-masjid.