Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

(Showing 1 – 12 products of 63 products)

Show:

Ibn Al-Mubarak: Idola Yang Paling Dicemburui

Highlights:

Buku ini terkandung pengenalan mengenai seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi kita, dialah ‘Abd Allah bin Al-Mubarak, seorang insan agung dari generasi salaf al-salih yang sangat harum untuk diceritakan. Dahulunya beliau sangat terkenal, malah namanya meniti di bibir orang ramai dan kebaikannya dicemburui para ulama yang soleh. Selepas Rasulullah SAW dan para sahabat RA, kita tidak menemui seorang pun yang memliki kehidupan yang lebih mengagumkan daripada Ibn Al-Mubarak. Allah ta’ala telah menganugerahkan insan ini hampir semua kenikmatan hidup yang diimpikan oleh manusia yang bertakwa.

Muhammad SAW : 11 Kualiti Kepimpinan Yang Mengubah Dunia

Highlights:

Translated from: Muhammad SAW: 11 Leadership Qualities that Changed the World

“Nabeel menawarkan kita cara bagi membangunkan pemimpin yang beretika dan berkesan yang sangat diperlukan dalam dunia bermasalah hari ini.” – Neil Jameson

Nahu Mudah Edisi Kemaskini

Highlights:

Kelebihan

  • Padat, Mudah dan Sesuai untuk “Beginners”.
  • Dapat menguasai Bahasa Arab dengan mudah dan pantas.

PENAT: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa by Dr Alizi Alias

Highlights:

Berbeza dengan generasi 30 atau 40 tahun lepas, anak muda hari ini sering ‘disogokkan’ dengan kepentingan mempunyai growth mindset, passion dan ketekunan yang tinggi dalam melakukan satu-satu kerja. Mencintai kerja yang dilakukan adalah satu kebanggaan. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan pula adalah satu bentuk jenama peribadi (personal branding).

Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran

Highlights:

Kita ingin jadi yang lebih baik dan kita ingin berbudi kepada orang-orang di sekeliling kita. Tetapi, siapakah inspirasi al-Quran untuk kita teladani?

Hakikatnya, Al-Quran telah membawa kisah Ibu Maryam yang bercita-cita tinggi saat menguruskan ruma tangganya.
Kisah Khawlah dan Ummu Kulthum binti Uqbah yang berusaha keras dan berani bertanya ketika menuntut ilmu.
Kisah dua perempuan Madyan yang menjaga kemuliaan diri saat keluar bekerja.
Kisah Permaisuri Saba’ yang berfikir panjang dan kritikal membuat keputusan dalam memimpin negara.

Perjalanan Muhammad ﷺ Menuju Sempurna by Khubaib Akhi

Highlights:

Muhammad SAW adalah cita-cita kita semua.
Peribadinya adalah lambang kesempurnaan seorang manusia.
Mampukah kita menjadi seperti Baginda?

Baginda sempurna empatinya, tetapi ia bukan tumbuh sekelip mata.
Baginda sempurna sabarnya, tetapi ia bukan muncul secara magikal.
Baginda sempurna tawakkalnya, tetapi ia bukan terjadi satu malam.

Kesempurnaan itu terbentuk melalui suatu proses nyata dan terperinci yang ditetapkan Allah SWT.

Melalui buku ini, Khubaib Akhi menawarkan jalan yang praktikal dan sistematik bagi mencapai kesempurnaan keperibadian Nabi SAW. Bukan sekadar retorik dan cakap kosong, penulis berusaha mengadunkan wahyu yang suci dengan sains kemanusiaan yang terperinci. Dengan itu, terbentanglah jalan untuk meneladani Sunnah Baginda SAW.

Close
Close
Close

My Cart

Shopping cart is empty!

Continue Shopping

Select your currency
MYR Malaysian ringgit