Nawaal Bint Abdullah
Saudari Muslimahku, peliharalah dirimu…
Kandungan buku ini adalah berdasarkan pengalaman
peribadi dan pemerhatian penulis berkaitan beberapa isu yang melibatkan wanita Islam pada hari ini. Daripada
pengaruh masyarakat dan budaya, sehinggalah kepada pemahaman terhadap kewajipan dan hak mereka, secara
amnya kaum wanita berhadapan dengan tekanan untuk sentiasa terlihat sempurna.
Wahai Muslimah yang dikasihi, banyak wanita kini terlalu taksub untuk kelihatan cantik. Walau bagaimanapun, dalam Islam, kecantikan bukan sekadar pada ukuran pandangan mata, tetapi merangkumi seluruh ciptaan Tuhan. InshaAllah, menerusi buku ini, kita dapat belajar menerima dan menghargai nilai diri kita yang sebenar, selain menyedari bahawa kita ini terlalu berharga untuk dibiarkan begitu sahaja.
jannatulkarim –
sangat murah dan penuh dengan ilmu yang bermanfaat bagi golongan remaja dan dewasa. very good. alhamdulillah