Muhammad SAW adalah cita-cita kita semua.
Peribadinya adalah lambang kesempurnaan seorang manusia.
Mampukah kita menjadi seperti Baginda?
Baginda sempurna empatinya, tetapi ia bukan tumbuh sekelip mata.
Baginda sempurna sabarnya, tetapi ia bukan muncul secara magikal.
Baginda sempurna tawakkalnya, tetapi ia bukan terjadi satu malam.
Kesempurnaan itu terbentuk melalui suatu proses nyata dan terperinci yang ditetapkan Allah SWT.
Melalui buku ini, Khubaib Akhi menawarkan jalan yang praktikal dan sistematik bagi mencapai kesempurnaan keperibadian Nabi SAW. Bukan sekadar retorik dan cakap kosong, penulis berusaha mengadunkan wahyu yang suci dengan sains kemanusiaan yang terperinci. Dengan itu, terbentanglah jalan untuk meneladani Sunnah Baginda SAW.
‘Peta Strategik Sunnah Nabi’ ini menjadi gambaran besar sekaligus tawaran Bagaimana Muhammad Menjadi Nabi SAW* kepada pembacanya.
Ia berpunca daripada sebuah realiti, iaitu kegagalan kita untuk mencapai apa yang telah dicapai oleh Baginda dan Sahabatnya, sedangkan kita mempunyai ‘alat-alat’ yang sama sebagaimana yang ada di tangan mereka. Lalu, mengapa pencapaiannya berbeza sama sekali? Jawabnya, adalah kita tidak melalui proses yang sistematik dan strategik sebagaimana yang generasi tersebut lalui.
Penulis menyusun sebuah agenda untuk meneladani Nabi SAW dalam bentuk sebuah rumah strategi. Akidah, Ibadah, Qiraah (merujuk kepada pembacaan al-Quran dan lain-lain pembacaan) dan Biah (sekeliling) menyusun semula amalan sehari-harian yang telah menjadi rutin itu sebagai sebuah rangkaian yang tersusun sebagai asas dalam rumah strategi ini. Renungan yang mendalam dan insighful dilakukan ke atas setiap satu daripadanya supaya ia betul-betul berperanan dan berimpak seperti yang telah dialami oleh Baginda sendiri.
Asas yang solid inilah nanti akan memacakkan kukuh tiang-tiang akhlak yang menjadi kompas dalam kehidupan. Daripada ratusan jika bukan ribuan akhlak yang ada, 7 akhlak utama dicerakinkan lalu diberikan saranan-saranan praktikal bagaimanakah Baginda menghasilkannya melalui proses yang tertentu.
Ia bukanlah betul-betul sempurna, tetapi ia pelan strategik untuk meneladani Baginda, supaya bukan sekadar menjadi retorik dan cakap kosong, sebaliknya benar-benar menunjukkan prosesnya yang jelas. Semuanya agar ‘Sunnah’ Baginda berfungsi dan berpengaruh ke atas seluruh kehidupan kita.
Nota Editor:
Perjalanan Muhammad SAW Menjadi Sempurna merumuskan suatu jalan strategik apakah (what) dan bagaimanakah (how) untuk meneladani Baginda. Sebab itu khuluqin ‘azim menjadi kalimah yang menghiasi kulit depannya pula memandangkan akhlak yang agung itulah output paling besar yang dimahukan.
Ia pula bukanlah suatu ‘Sunnah’ yang baharu atau direka-reka, penulis membetulkan dan melaraskan semula tetapan (setting) setiap amalan yang dilakukan supaya ia betul-betul berfungsi dan memberikan impak. Di samping itu, penulis juga cuba memaparkan bahawa untuk meneladani Baginda, kita memerlukan proses dan jalan kerjanya bukan semata-mata memaksa diri untuk memimik hasil yang dicapai Baginda. Maka setiap akhlak yang muncul pada keperibadiannya itu ada cara untuk kita sendiri munculkannya dalam peribadi kita.
Semoga ia menjadi asbab syurgawi di akhirat kelak dan menjadi bukti bahawa kita benar-benar umat Nabi Muhammad SAW yang ingin meneladaninya, meneladani dengan serius.
Makkah adalah kota suci yang memiliki berbagai- bagai kelebihan. Sebuah negeri yang bersejarah, tempat bermulanya dakwah Nabi Ibrahim, yang didoakannya keberkatan dan keselamatan bagi yang mengerjakan ibadah di dalamnya.
Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat.
Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi.
Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya.
Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.
Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.
Madinah Munawwarah merupakan tempat hijrah Rasulullah SAW. Selain itu, turut menjadi tempat bertapaknya iman pada akhir zaman, markas pimpinan, madrasah pendidikan dan bimbingan serta tarbiah Islamiah. Tempat ini penuh dengan kesan-kesan sejarah yang tidak ternilai dan mempunyai keistimewaan yang tinggi disisi Allah SWT.
Produk hasil penyelidikan selama lebih dari dua puluh tahun, ‘Nikmatilah Kehidupanmu’ adalah terjemahan daripada buku terlaris berkaitan keagamaan dan motivasi dialam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia. Buku yang menerangkan seni berinteraksi, hasil kajian terhadap kehidupan Rasulullah S.A.W .
Enlightening facts about how a merely harmful words spoken that could turn into harmful friction in our daily lives due to our ignorant whereby in Islam there are guidance on how to interact in a society.
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME ini akan diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman.
Nota ini juga merangkumi:
Satu buku, satu juzuk
Nota pilihan daripada penonton
Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca
Tegur Menegur adalah satu sikap dan perbuatan yang baik pada pandangan Islam. Pada masa kini teguran boleh dilakukan melalui pelbagai media dan cara. Namun begitu ramai yang tidak mengerti dan memahami adab serta cara-cara untuk menegur sesuatu kesilapan.
Menegur kesilapan adalan sebahagian dari wahyu dan metodologi Al-Quran menjelaskan perintah dan larangan, persetujuan dan pengencaman dan pembetulan kesilapan.
Mengajar orang lain juga merupakan amalan yang mana paling baik yang manfaatnya dapat disebarkan kepada yang lain. Ia merupakan perkongsian tentang peninggalan para Anbiya (as) dan Rasul (saw) oleh dai’yah dan para pendidik.
“Sesungguhnya Allah, para malaikatNya dan penduduk langit dan bumi sehingga semut dalam lubangnya dan sehingga ikan di dalam lautan momohonka rahmat kepada pengajar manusia kepada kebaikan.” (At-Tirmidhi)
Berpandukan al-Quran dan Hadis sahih, Sheikh Muhammad Salih al-Munajid menerangkan bagaimana pendekatan Rasulullah (saw) dalm mengajar serta menegur kesilapan.
Get access to your Orders, Wishlist and Recommendations.
Signup
Your personal data will be used to support your experience throughout this website, to manage access to your account, and for other purposes described in our privacy policy.
Nota My #QURANTIME Juzuk 8